Kuala Kubu Baharu disenarai Tapak Warisan Dunia

Pekan Kuala Kubu Baharu.
Pekan Kuala Kubu Baharu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Kuala Kubu Baharu disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Garden City Heritage.

Pekan ini dibina pada 1928 selepas banjir yang telah memusnahkan ibu kota daerah lama Hulu Selangor.

Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat berkata, aspek sejarah dan warisan ditekankan untuk mengekalkan Kuala Kubu Baharu sebagai bandar bersejarah.

Art Street di Pekan Kuala Kubu Baharu.
Art Street di Pekan Kuala Kubu Baharu.

"Pekan Kuala Kubu Baharu juga terkenal dengan seni dan warisannya yang mana pengunjung boleh menemui seni mural yang memberikan suasana moden kepada pekan tersebut dengan penceritaan kisah yang telah berusia berdekad lalu sejak penubuhan bandar Kuala Kubu Baharu," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selain penekanan aspek sejarah dan warisan, Kuala Kubu Baharu juga kaya dengan aktiviti ekopelancongan seperti mendaki di Bukit Kutu dan Bukit Batu Pahat, menempuhi air terjun Chilling, water tubing dan juga menunggang basikal gunung.

"Sebanyak 15 produk pelancongan terdapat di Hulu Selangor merangkumi pelancongan eko dan alam semula jadi, penginapan, gastronomi atau pelancongan makanan serta acara tahunan yang dianjurkan.

"Acara sukan tahunan yang diadakan seperti paragliding, pertandingan basikal gunung dan arung jeram (white water rafting) telah berjaya menarik hampir 78,000 pelancong tahun lalu termasuk 7,328 pelancong antarabangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sungai Pertak menjadi destinasi memancing dan berkhemah.
Sungai Pertak menjadi destinasi memancing dan berkhemah.

Katanya, daerah berkenaan turut menjadi tumpuan aktiviti riadah kekeluargaan dan sukan lasak seperti di Sungai Pertak yang menjadi destinasi memancing dan berkhemah serta peminat 4WD juga penunggang motor juga turut menyusuri beberapa laluan yang merentangi sungai berkenaan.

Tambah beliau, lokasi penginapan menarik turut terdapat di sana antaranya glamping di Fraser Valley selain bermalam dalam hutan di The Sticks dan Sarang by the Brook.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!