Kereta terbakar elak motosikal

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran kereta Toyota Camry yang terbakar dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan, pagi tadi.
Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran kereta Toyota Camry yang terbakar dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan, pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki yang terjatuh daripada motosikal ditungganginya menyebabkan tiga kenderaan lain terbabit kemalangan di Kilometer 453 Lebuhraya PLUS menghala ke Rawang pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, sebuah kereta Toyota Camry turut terbakar hampir 80 peratus akibat rempuhan kuat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 6.12 pagi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah kereta jenis Toyota Camry terbakar.

“Maklumat awal kejadian berpunca daripada motosikal berkuasa tinggi ditunggangi seorang lelaki terjatuh dan patah tangan dan menyebabkan tiga kenderaan dari arah belakang berhenti secara mengejut.

"Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di belakangnya mengelak motosikal itu dengan memasuki lorong kiri.

“Dalam masa sama pemandu kereta jenis Proton Persona berada di belakang Myvi menekan brek secara mengejut menyebabkan Toyota Camry gagal mengelak lalu merempuh kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta Toyota Camry sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Penumpang tiga kenderaan lain tidak cedera cuma kereta mengalami kerosakan," katanya