Sila log masuk terlebih dahulu.

Ibu bersama empat anak maut, kereta terbakar rempuh lori

A
A
A
BERITA SEMASA 16 MEI 2023

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Kampar pada Selasa susulan proses bedah siasat empat beranak yang maut dalam nahas sebuah kereta dan lori di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kampar, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati adnan.

Dalam kejadian jam 2.27 pagi itu, Azriyani Abdul Latif, bersama tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, Siti Nur Aminah Nasaruddin, Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi anak mangsa, Muhammad Fawwaz Nasarudin, yang mengalami cedera parah dalam kejadian itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tapah pada jam 9.20 pagi.

Artikel: https://bit.ly/3MwmozI

Muzik: Elevate dari www.bensound.com