Istiadat angkat sumpah Exco Perak ditunda

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak yang dijadual diadakan jam 10 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ditunda pada tarikh akan dimaklumkan kelak. - Gambar hiasan
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak yang dijadual diadakan jam 10 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ditunda pada tarikh akan dimaklumkan kelak. - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak yang dijadualkan berlangsung lusa, ditunda.

Dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan Pejabat Sultan Perak memaklumkan bahawa tarikh istiadat tersebut akan dimaklumkan kelak.

"Bagi menjunjung titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 11 Julai 2019, Khamis ini ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya hari ini.

Semalam, media dimaklumkan bahawa istiadat berkenaan akan diadakan jam 10 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Istiadat itu adalah majlis memperbaharui ikrar sebagai Exco kerajaan negeri Perak yang dibuat secara tahunan.

Bagaimanapun, seorang Exco daripada DAP dilaporkan berdepan siasatan kes serangan seksual membabitkan pembantu rumahnya selepas wanita warga Indonesia itu membuat laporan polis semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: EXCO Perak didakwa rogol pembantu rumah

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam kenyataannya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pada 19 Mei lalu, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco dan lima daripadanya ialah wakil rakyat DAP iaitu ADUN Tronoh, Paul Yong; ADUN Pasir Pinji, Howard Lee; ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari; ADUN Sungkai, A Sivanesan dan ADUN Pantai Remis, Wong May Ing.

Manakala tiga Exco mewakili Amanah pula terdiri daripada ADUN Manjoi, Asmuni Awi; ADUN Sungai Rapat; Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN Titi Serong; Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Dua lagi Exco mewakili PKR ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.