MB Selangor zahir sembah takziah

Amirudin menzahirkan sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Selangor atas kemangkatan Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.
Amirudin menzahirkan sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Selangor atas kemangkatan Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Selangor atas kemangkatan Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 84, malam tadi.

Ucapan sembah takziah dizahirkan menerusi akaun Facebooknya miliknya, hari ini.

“Merafak sembah takziah di atas kemangkatan Kerabat Diraja Bergelar, Yang Amat Mulia Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan menempatkan Almarhum dalam kalangan para syuhada dan soleh. Al Fatihah,” tulisnya dalam status dimuat naik itu.

Almarhum Tengku Ismail Shah yang merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat kira-kira jam 8 malam di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana sakit tua.

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office semalam, jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja, Klang pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat

Artikel Berkaitan: