Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat

Tengku Ismail Shah Foto: FB Selangor Royal Office
Tengku Ismail Shah Foto: FB Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat di Pusat Perubatan Subang Jaya pada jam 8 malam tadi kerana sakit tua.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Almarhum yang juga merupakan ayahanda saudara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan mangkat pada usia 84 tahun.

Tengku Ismail Shah yang diputerakan pada 26 Jun 1935 adalah anakanda kepada Sultan Selangor Ke-7, Sultan Hisamuddin Alam Shah serta adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Istiadat pemakaman dijangka berlangsung di Makam Diraja Klang kira-kira jam 10 pagi ini.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum," tulis kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: