X

Kindly register in order to view this article
!

JAS lanjut tempoh pinjaman alat pengesan gas

Salah seorang petugas industri menunjukkan cara-cara mengendalikan alat tersebut kepada guru yang hadir.
A
A

PASIR GUDANG - Tempoh pinjaman alat pengesan gas dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor kepada 111 sekolah sekitar kawasan ini akan dilanjutkan seminggu lagi sehingga 14 Julai.

Pengarah JAS Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, lanjutan itu bertujuan untuk memastikan keadaan udara di setiap sekolah kekal dalam paras yang terkawal selain bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tujuan kita menyerahkan semula alat ini bukan bermakna keadaan tidak terkawal, cuma kali ini kita mahu mesin ini terpasang 24 jam di setiap sekolah agar dapat analisa yang lebih lengkap.

“Kalau sebelum ini kita memang ambil bacaan empat kali sehari, tetapi alat itu hanya dihidupkan ketika mahu membuat bacaan,” katanya.

Mesin pengesan gas yang diedarkan semula kepada pihak sekolah.
Mesin pengesan gas yang diedarkan semula kepada pihak sekolah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan alat berkenaan kepada wakil sekolah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Wan Abdul Latif berkata, selain bacaan gas yang direkodkan sepanjang masa, pihaknya juga telah diarahkan bersiap sedia untuk datang ke mana-mana sekolah sekiranya berlaku kecemasan.

“Kita ada mesin gasmet yang boleh mengesan lebih 50 parameter gas, jadi bila ada bacaan lebih dari satu sahaja kita akan terus ke sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun, jika terdapat kes macam sekolah-sekolah lain tunjuk bacaan lebih tinggi, kita akan utamakan yang paling kritikal dahulu,” katanya.

Terdahulu alat untuk mengesan Volatile Organic Compound (VOC) itu juga telah dipinjamkan kepada semua 111 sekolah sejak 4 Julai dan dipulangkan semula, semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf