Rayuan bina masjid temui noktah, menteri luluskan peruntukan

Penduduk memohon pihak berkaitan menyelesaikan segera masalah projek pembinaan yang terhenti sejak April 2018.
Penduduk memohon pihak berkaitan menyelesaikan segera masalah projek pembinaan yang terhenti sejak April 2018.
A
A
A

SEGAMAT- Sudah tiga kali solat sunat Aidilfitri terpaksa dilakukan atas jalan raya setelah bangunan masjid sedia ada dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan yang baharu.

Menurut penduduk Kampung Sepinang, ketika mula dibina pada penghujung 2016, mereka dijanjikan dengan sebuah rumah ibadah baharu lebih selesa yang boleh dinikmati pada Mei 2018 nanti.

Ketua Kampung Sepinang, Azman Ahmad berkata, malangnya, projek itu terbengkalai sejak April 2018 sekali gus menyebabkan kesukaran kepada penduduk melaksanakan sembahyang berjemaah terutama solat Jumaat.

Azman
Azman

“Bermula daripada tarikh pembinaan, penduduk di Kampung Sepinang terpaksa beralih dengan melaksanakan sembahyang berjemaah di Balai Raya di sini.

"Namun, keluasan dan kemudahan itu adalah tidak sesuai untuk digunakan sebagai ruang solat dalam tempoh yang lama.

Dr Santhara meninjau pembinaan masjid yang terbengkalai sejak April 2018.
Dr Santhara meninjau pembinaan masjid yang terbengkalai sejak April 2018.



Balai raya di Kampung Sepinang yang kini digunakan sebagai masjid.
Balai raya di Kampung Sepinang yang kini digunakan sebagai masjid.

Artikel Berkaitan:

“Pada awalnya, kami sanggup solat di balai raya kerana beranggapan untuk tempoh sementara, namun apabila kontraktor gagal meneruskan pembinaan ini sejak April tahun lalu dan keadaan tapak projek yang hampir siap mulai dipenuhi belukar, kami jadi risau kerana tak tahu status ruang ibadah kami selepas ini.

“Masjid sebelum ini berusia lebih 50 tahun pula dah dirobohkan kerana pembinaan baharu dibina di atas tapak yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Santhara meninjau pembinaan masjid yang terbengkalai sejak April 2018.
Dr Santhara meninjau pembinaan masjid yang terbengkalai sejak April 2018.

Menurut Azman, kesukaran timbul setiap kali menjelang Aidilfitri apabila bukan hanya penduduk setempat menunaikan solat sunat berkenaan, namun generasi yang menetap di bandar akan turut sama menyertai.

“Bermula Aidilfitri 2017, kami terpaksa pasang kanopi dan alas tikar di atas jalan raya untuk memuatkan jemaah yang datang. Sehingga raya tahun ini pun, perkara sama masih berlaku.

“Bukan hanya tak selesa, tapi yang lebih utama adalah keselamatan kerana kami terpaksa menutup sebelah lorong jalan raya bagi memberi laluan untuk bentang tikar. Keadaan itu bahaya sebab masih ada kenderaan lalu lalang ketika kami solat. Itu pun ada sebahagian jemaah yang tak muat dan terpaksa pergi ke masjid di kampung lain,” katanya.

Suasana setiap kali solat sunat Aidilfitri. Kanopi dan tikar terpaksa disediakan bagi menampung jumlah jemaah yang ramai.
Suasana setiap kali solat sunat Aidilfitri. Kanopi dan tikar terpaksa disediakan bagi menampung jumlah jemaah yang ramai.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Sri Dr Santhara berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai masalah itu oleh penduduk setempat dan satu lawatan telah diadakan bagi mencari penyelesaian.

Katanya, masalah peruntukan menyebabkan kontraktor sebelum ini gagal menamatkan projek berkenaan. Bagaimanapun, beliau telah memanjangkan isu itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

“Status terkini yang saya terima adalah menteri di JPM telah mencadangkan agar peruntukan bernilai RM1.52 juta bagi menyelesaikan baki pembinaan masjid diluluskan.

“Bagaimanapun, peruntukan itu akan dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di JPM sebaik mendapat kelulusan, jadi kita masih lagi menunggu status itu dari ketua pengarah ICU.

"Sebagai Ahli Parlimen, ini sahaja usaha yang dapat saya lakukan dan berharap agar pihak atasan mampu membantu demi keselesaan penduduk di sini,” katanya.