Kerajaan tambah RM3.07 juta bina Masjid Changlun

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan menambah peruntukan sebanyak RM3.07 juta dan menjadikan keseluruhan kos pembinaan berjumlah RM5.77 juta.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

“Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang di antara semua negeri di negara ini.

"Harus diulangi bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau lagi, ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama.