DBKL belum terima 33 kunci dewan

Khalid bergambar bersama Majlis Perwakilan Penduduk selepas sesi penyampaian geran peruntukan sebanyak RM4. 3 juta bagi wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Khalid bergambar bersama Majlis Perwakilan Penduduk selepas sesi penyampaian geran peruntukan sebanyak RM4. 3 juta bagi wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menasihatkan pengurusan dewan komuniti yang belum menyerahkan kunci dewan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, daripada 203 dewan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 33 daripadanya belum menyerahkan kunci yang sepatutnya dibuat pada 30 Jun lalu.

"Kebanyakan pengurusan dewan yang gagal berbuat demikian terdiri dalam kalangan parti politik yang terletak di Parlimen Batu, Segambut dan Kepong. Proses rundingan masih dijalankan sehingga satu tempoh akan ditetapkan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Jika boleh kita nak elak kekerasan atau paksaan. Jika ada masalah sila tampil berbincang," katanya pada Majlis Penyampaian Geran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan di Gurney Mall @ Residensi UTMKL, Jalan Maktab di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, semua pihak perlu berfikiran rasional dan akur dengan peraturan undang-undang ditetapkan.

"Jangan buruk sangka, ini bukan tindakan atas dasar kepentingan politik tetapi bagi memastikan dewan sedia ada diuruskan secara profesional dan seragam.

"DBKL tidak menafikan hak mereka, kalau sesiapa mahu gunakan dewan kita benarkan. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mohon dewan untuk anjur Majlis Aidilfitri baru-baru ini pun kita benarkan," katanya.

Menurutnya, pengambilalihan itu juga bagi memastikan dewan diselenggara dengan baik dan berada dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan:

"Jika ada kerosakan, DBKL akan selenggara dan baiki. Jika ada pihak yang urus dengan baik kita boleh serahkan semula dengan syarat pengurusan seragam mengikut piawaian ditetapkan.

"Perlu hormat undang-undang, tidak boleh lagi tadbir ikut suka hati sebaliknya dengan memastikan dewan itu digunakan semua komuniti berhampiran bukan untuk kepentingan peribadi," katanya.