Pas Johor belum terima maklumat penyertaan Halimah

Abdullah
Abdullah
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin mengesahkan parti itu masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai spekulasi bekas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique akan menyertai Pas.

“Setakat ini kita memang tidak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini.

“Bila ditanya soalan ini, barulah saya dengar mengenai perkara ini. Isu ini pun saya tidak tahu. Tiada maklumat,” katanya kepada Sinar Ahad.

Abdullah berkata demikian bagi mengulas berhubung desas-desus Halimah yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi bakal menyertai Pas.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang kenyataan berhubung kesediaan Pas untuk menerima bekas menteri itu sekiranya benar Halimah mahu menyertai parti berkenaan.