Terminal Bas Medan Gopeng kembali beroperasi?

Mohd Ariff (kanan), berbual bersama tetamu pada majlis berkenaan.
Mohd Ariff (kanan), berbual bersama tetamu pada majlis berkenaan.
A
A
A

IPOH - Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), akan memulakan perbincangan dengan pihak penjual tiket serta pengusaha bas dalam masa terdekat berhubung cadangan agar Terminal Bas di Silveritage, Medan Gopeng kembali beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNP Mohd Ariff Yeop Ishak berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu pelan cadangan berhubung perkara berkenaan siap sepenuhnya untuk dibentangkan pada perbincangan itu kelak.

Malah menurutnya, perkara berkenaan akan turut dibincangkan dengan pihak berkuasa.

"Insya-ALLAH, kita akan memulakan perbincangan dalam masa terdekat untuk bincangkan perkara ini.

"Sebelum itu, kita akan berbincang dengan pihak berkuasa sama ada pelan berkenaan boleh diterima atau tidak.

"Selepas semua perkara berjalan baik baru kita panggil dan putuskan perkara selanjutnya," katanya ketika menghadiri RumahTerbuka Maju Perak Holdings Berhad di Kompleks Silveritage, hari ini.

Mohd Ariff berkata demikian bagi mengulas cadangan daripada Pertubuhan Kebajikan Ejen Jualan Tiket Bas Ekspres Silveritage Medan Gopeng Mac lalu bagi mengembalikan operasi Terminal Bas di Medan Gopeng seperti sebelum ini.

Difahamkan, cadangan berkenaan dibuat bagi menyelamatkan lebih 200 ejen jualan tiket yang bakal kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan Sistem Tiket Berpusat (CTS) di Terminal Amanjaya, Bandar Meru Raya yang bakal menyebabkan 43 kaunter tiket syarikat bas yang beroperasi di terminal berkenaan ditutup.

Artikel Berkaitan: