Kementerian Kerja Raya bakal dapat peruntukan tambahan

Mohd Anuar (empat, kiri) menyerahkan sumbangan kepada penerima terpilih dalam majlis tersebut.
Mohd Anuar (empat, kiri) menyerahkan sumbangan kepada penerima terpilih dalam majlis tersebut.
A
A
A

TEMERLOH - Subkontraktor dan pemotong rumput akan kembali bernafas apabila Kementerian Kerja Raya dijangka menerima peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir berkata, MOF memberikan jaminan untuk menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM610 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh negara.

“Sebelum ini khidmat ini dihentikan dan pemotongan skop dibuat atas arahan MOF. Ia bagi mendapatkan penjimatan untuk membiayai program penyelenggaraan berkala yang lebih utama demi jaminan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

"Namun setelah mengkaji secara mendalam untuk 2019 tiada keperluan mengurangkan skop penyelenggaran untuk rutin pemotongan rumput (R03) dan penyelenggaran jalan (R04) seperti pada November lalu dan Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian ]selepas Majlis Jalinan Kasih Kementerian Kerja Raya yang turut dihadiri Pengarah Kerja Raya negeri, Datuk Ir Abdul Jalil Mohamed di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurutnya, kementerian menganggap jumlah tersebut mencukupi untuk membiayai sepenuhnya kerja rutin seperti yang termaktub dalam perjanjian termasuk skop pemotonganan rumput.

"Kita amat prihatin dengan isu dan nasib rakyat dan ambil maklum dengan himpunan aman oleh mereka yang terlibat dan menerima kesannya di Dataran Temerloh baru-baru ini.

"Malah kita mengambil kira kritikan daripada kerajaan negeri, pengguna termasuk laporan media. Kementerian sedia terima kritikan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pada majlis berkenaan, seramai 2,000 pelajar daripada beberapa daerah di negeri ini menerima sumbangan sempena sesi persekolahan tahun hadapan selain sumbangan RM500 seorang bagi 10 orang asnaf dan fakir miskin.