Prolintas henti operasi lorong tambah nilai AKLEH, GCE

Operasi di lorong tambah nilai di Lebuhraya AKLEH dan Lebuhraya GCE bakal dihentikan berkuatkuasa Isnin ini.
Operasi di lorong tambah nilai di Lebuhraya AKLEH dan Lebuhraya GCE bakal dihentikan berkuatkuasa Isnin ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kumpulan Syarikat Prolintas bakal menghentikan operasi lorong tambah nilai di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) berkuatkuasa Isnin ini.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Ir Rostam Shahrif Tami berkata, pemberhentian operasi lorong tambah nilai itu bagi melancarkan pergerakan trafik sekali gus mengurangkan kesesakan.

Menurutnya, pengguna boleh menggunakan kiosk layan diri yang disediakan di Pejabat Operasi AKLEH bagi melakukan transaksi tambah nilai Touch n Go.

“Pengguna di Lebuhraya GCE pula boleh berbuat demikian di lorong berlapis Touch ‘n Go Plaza Tol Bukit Jelutong (arah utara), kawasan rehat dan rawat Elmina (arah selatan dan arah utara) dan hentian sebelah Lagong.

Operasi di lorong tambah nilai di Lebuhraya AKLEH dan Lebuhraya GCE bakal dihentikan berkuatkuasa Isnin ini.
Operasi di lorong tambah nilai di Lebuhraya AKLEH dan Lebuhraya GCE bakal dihentikan berkuatkuasa Isnin ini.

“Selain itu, pengguna juga boleh melakukan transaksi tol menggunakan perkhidmatan eWallet (Direct Pay) di semua tol plaza di GCE,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Untuk mendapatkan info trafik terkini GCE, pengguna boleh layari laman Twitter @GCEtrafik manakala untuk maklumat lengkap berkaitan GCE, layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di Prolintas Highways,” katanya.

Artikel Berkaitan: