Laluan KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula

Laluan di Kilometer 66.1 Lebuhraya KLK kedua-dua arah dibuka semula kepada semua kenderaan bermula jam 9.30 pagi pada Jumaat.
Laluan di Kilometer 66.1 Lebuhraya KLK kedua-dua arah dibuka semula kepada semua kenderaan bermula jam 9.30 pagi pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Laluan di Kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dibuka semula selepas langkah-langkah komprehensif diambil dan usaha penilaian sewajarnya dilaksanakan ekoran kejadian jalan mendap, Rabu lalu.

Anih Berhad dalam kenyataannya memaklumkan, susulan kejadian tersebut, semua pihak termasuk polis, bomba dan Malaysia Rail Link (MRL) telah membuat penilaian dan mengambil tindakan pemulihan segera dengan kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurut kenyataan itu, Anih Berhad telah bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat bagi memudahkan pembukaan semula laluan yang terjejas itu dengan segera demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

"Tindak balas yang terselaras daripada pasukan Anih dengan sokongan pihak berwajib memainkan peranan penting dalam usaha pemulihan.

"Pihak kami terus komited untuk mengekalkan standard keselamatan tertinggi dan pemantauan berterusan keadaan laluan lebuh raya," ujarnya.

Sementara itu, pihak Anih menasihatkan semua pengguna mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di lokasi itu.

"Tanggungjawab kolektif ini bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat untuk semua pengguna.

"Para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial Anih Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) untuk maklumat tepat dan terkini," jelasnya.

Tambahnya, untuk sebarang kecemasan pengguna boleh menghubungi LPT - Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah mendap: Anih aktifkan laluan kontra ke KL

Kerja pembinaan terowong punca mendapan tanah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak