Teliti penamatan pekerja pembersihan sekolah

Ahmad Mustain (empat dari kanan), Mohd Fasiah (dua dari kiri) dan tetamu undangan lain hadir pada Majlis Program Perkongsian Pintar Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa di Dewan Kolej Tingkatan 6 Tungku Abdul Rahman Putra di sini hari ini.
Ahmad Mustain (empat dari kanan), Mohd Fasiah (dua dari kiri) dan tetamu undangan lain hadir pada Majlis Program Perkongsian Pintar Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa di Dewan Kolej Tingkatan 6 Tungku Abdul Rahman Putra di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerajaan digesa meneliti semula tindakan menamatkan perkhidmatan pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah hingga menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman berkata, kebanyakan pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

"Bagi lelaki, inilah sumber pendapatan harian mereka, begitu juga dengan wanita yang bekerja demi membantu ekonomi keluarga masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Perkongsian Pintar Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa di Dewan Kolej Tingkatan 6 Tungku Abdul Rahman Putra di sini hari ini.

Ahmad Mustain berkata, mereka yang diberhentikan itu juga seharusnya menerima apa jua pampasan seperti mana syarikat swasta lain.

"Saya dimaklumkan, mereka diberhentikan tanpa sebarang pampasan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap pekerja pembersihan yang diberhentikan itu dilantik semula bagi membantu golongan itu menyara keluarga.

"Biarlah kerajaan berkorban sedikit kewangan demi untuk kelangsungan hidup pekerja yang telah lama memberi khidmat kepada sekolah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, isu pemberhentian pekerja pembersihan sekolah dipandang serius.

"Kita minta pertimbangan kerajaan membawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet untuk tindakan lanjut," katanya.