X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Asri kritik guna kepala surat kementerian untuk urusan ‘selekeh’

Dr Asri
A
A

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik penggunaan kepala surat kementerian untuk urusan-urusan ‘selekeh’.

Mohd Asri berkata, perkara seperti itu seharusnya tidak berlaku kerana ia merupakan cara urustadbir yang tidak matang.

Jadi katanya, mana-mana menteri atau pegawai baharu menteri yang tidak cukup pengetahuan mengenai urustadbir, mereka perlu diberikan kursus induksi.

“Saya mohon mencadangkan untuk menteri-menteri atau pegawai-pegawai baharu menteri yang tidak cukup pengetahuan atau pengalaman mengenai urustadbir diberikan kursus induksi. Ini penting supaya tidak bertindak secara yang sangat tidak profesional.

“Umpamanya, kepala surat (letterhead) kerajaan atau kementerian tidak wajar digunakan untuk urusan-urusan yang selekeh. Ia akan mendedahkan banyak kedangkalan lain dan cara yang tidak matang,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Kenyataan di Facebooknya itu bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana menteri, pegawai menteri atau kementerian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus