Bekas Mufti Perlis meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anaknya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, beliau berkata, ayahanda Mat Jahya Hussin baru sahaja meninggal dunia.

"Mohon doakan kebaikan, pengampunan dan rahmat untuk beliau di akhirat sana," ujarnya pada Jumaat.

Difahamkan solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Puncak Alam, selepas solat Jumaat hari ini.

Allahyarham Mat Jahya berkhidmat sebagai Mufti Perlis selama 22 tahun bermula pada 1984 hingga 2004 dan merupakan mufti paling lama berkhidmat di negeri itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!