Keputusan tawaran matrikulasi pelajar B40 diumum esok

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan tawaran baharu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020 akan diumumkan esok (17 Jun), jam 12.00 tengah hari.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan berkata, pengumuman tersebut selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lalu yang bersetuju untuk menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM dari golongan B40 untuk mengikuti program tersebut.

"Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan dan juga pernah mengemukakan rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan dengan melayari laman web KPM di www.moe.gov.my," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: