PVLTDM sasar lebih ramai ahli

Mahfuz (tengah) bergambar bersama ahli Persatuan Veteran Tentera Laut DiRaja Malaysia cawangan Kedah.
Mahfuz (tengah) bergambar bersama ahli Persatuan Veteran Tentera Laut DiRaja Malaysia cawangan Kedah.
A
A
A

PENDANG - Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) cawangan Kedah menyasarkan lebih banyak ahli untuk berdaftar secara sah di bawah persatuan itu.

Wakil PVTLDM, Mat Yatim Yahaya berkata, pihaknya sering menjalankan kempen serta hebahan bagi memastikan jumlah keahlian bertambah setiap masa.

Katanya, jumlah terkini ahli PVTLDM ialah 304 orang sahaja daripada 1,800 orang veteran TLDM yang menetap di Kedah.

"Golongan ini perlu berdaftar bagi membolehkan mereka mengikuti perkembangan tertentu serta menerima manfaat yang disediakan," katanya.

Menurut Mat Yatim, persatuan sentiasa membantu ahli yang memerlukan kerana aktiviti kebajikan seperti lawatan ke rumah ahli yang sakit dan menyampaikan sumbangan sering dijalankan.

"Pada bulan Ramadan baru-baru ini juga kita turut menyampaikan sumbangan kepada isteri dan anak-anak bekas ahli yang telah meninggal dunia.

"Meskipun mereka sudah tiada, kebajikan ahli keluarga mereka tetap terpelihara," katanya ketika mesyuarat agung persatuan yang turut diadakan bersama jamuan Aidilfitri di Pendang Lake Resort, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Artikel Berkaitan:

Mahfuz turut menekankan tentang penglibatan dan pembangunan modal insan, demi kebaikan di kalangan keluarga veteran.

"Beliau juga turut memaklumkan tentang geran bantuan perniagaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

"Veteran terutama yang masih di usia muda digalakkan untuk memohon bagi menjana pendapatan," katanya.