Tunggu kenyataan Pejabat MB: Kor Ming

Laporan Sinar Harian berkaitan 200 ahli Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping mengadakan perhimpunan aman membantah penjualan tanah Lapangan Terbang Tekah, di sini kepada sebuah syarikat pemaju di luar pekarangan lapangan terbang itu, semalam.
Laporan Sinar Harian berkaitan 200 ahli Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping mengadakan perhimpunan aman membantah penjualan tanah Lapangan Terbang Tekah, di sini kepada sebuah syarikat pemaju di luar pekarangan lapangan terbang itu, semalam.
A
A
A

IPOH - "Tunggu kenyataan Pejabat MB (Perak) berkaitan isu tanah Lapangan Terbang Tekah," demikian tegas ADUN Aulong, Nga Kor Ming apabila diminta mengulas tindakan 200 ahli Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping mengadakan perhimpunan membantah penjualan tanah Lapangan Terbang Tekah, Taiping kepada sebuah syarikat pemaju semalam.

Menurutnya, pihaknya enggan mengulas isu berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Pejabat Menteri Besar Perak untuk mengeluarkan kenyataan susulan.

"Isu Lapangan Terbang Tekah, pejabat MB (Perak) akan keluarkan kenyataan nanti,"katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Daerah Larut, Matang dan Selama(LMS), Mohamed Akmal Dahalan sewaktu dihubungi memaklumkan tidak dapat memberikan sebarang kenyataan kerana isu tanah Lapangan Terbang Tekah tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan ada mengadakan pertemuan dan memberi maklumat berkaitan isu penjualan tanah Lapangan Terbang Tekah itu dengan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang mengadakan bantahan aman semalam.

"Isu ini hanya boleh dijawab oleh pejabat Menteri Besar Perak dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak.

"Mengenai dakwaan pertemuan dengan wakil NGO (berkenaan isu Lapangan Terbang Tekah), saya nafikan,"katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seramai 200 ahli Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping mengadakan perhimpunan aman membantah kemungkinan transaksi penjualan tanah Lapangan Terbang Tekah, di sini kepada sebuah syarikat pemaju di luar pekarangan lapangan terbang itu.

Artikel Berkaitan:

Gabungan melibatkan enam NGO tempatan terdiri Kelab Cintai Taiping, Taiping Heritage Society, Taiping Tourism Association, Warisan Anak-anak Kampung Pinang, Persatuan Penduduk Taman Saujana dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Perak itu turut menuntut pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam masa terdekat.

Presiden Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping, Abu Bakar Mohamed Ali berkata, pertemuan itu penting bagi membolehkan pihaknya menyerahkan memorandum bantahan penjualan tanah lapangan terbang pertama di Malaysia itu di samping meminta penjelasan Ahmad Faizal mengenai status sebenar tanah tapak warisan dimiliki Perbadanan Menteri Besar (MBInc) Perak.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat dari sumber boleh dipercayai menyatakan tanah Lapangan Terbang Tekah difahamkan sudah dipindahkan hak milik kepada sebuah syarikat pemaju swasta bulan lalu.