Kerajaan akan bantu rakyat Malaysia ditahan di Indonesia

Saifuddin beramah mesra bersama salah seorang orang kurang upaya yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen dan Pakatan Harapan Indera Mahkota di sini hari ini.
Saifuddin beramah mesra bersama salah seorang orang kurang upaya yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen dan Pakatan Harapan Indera Mahkota di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Luar Negeri mengesahkan menerima laporan mengenai penahanan enam rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu menggunakan kapal mewah.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, wakil dari Kedutaan Malaysia di sana akan meneliti perkara itu dan berhubung dengan pihak berkuasa di Indonesia bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.

Menurutnya, pihaknya akan memberi bantuan sebaiknya kepada rakyat Malaysia yang ditahan dan akan menyelesaikannya dalam masa terdekat.

"Bila ada makluman penahanan rakyat Malaysia di luar negara, kita sememangnya mempunyai wakil dan akan cuba membantu rakyat kita.

"Namun kita kena hormati undang-undang negara berkenaan sebelum mengadakan rundingan selanjutnya.

"Kita kena ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan selepas itu, baharulah kita boleh tawar bantuan guaman sebagai contoh, kepada rakyat Malaysia yang ditahan di negara terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen dan Pakatan Harapan Indera Mahkota di sini hari ini.

Selasa lalu, enam warga Malaysia telah ditahan jam 9.30 malam selepas pihak polis Indonesia menemui dadah jenis syabu seberat 37kg dalam kapal layar 'Carron Layner' yang berlabuh di Dermaga Batavia Sunda Kelapa, Jakarta Utara.

Artikel Berkaitan:

Direktor Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia Krisno Siregar dilaporkan berkata, kapal itu dipercayai belayar dari Johor ke Jakarta pada hari yang sama ia ditahan.

Lima daripada suspek ditahan itu berasal dari Johor, manakala seorang lagi berasal dari Perak dan difahamkan, dadah itu dipercayai berasal dari Myanmar.

Semua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Pasal 114 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2019 berkaitan dadah dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.