Gesa henti import plastik luar negara

Shen Jen (dua dari kanan) Krishnamoorthy (tiga dari kanan) ketika mengadakan sidang media berhubung gesaan terhadap kerajaan agar menghentikan import plastik haram dari luar negara hari ini.
Shen Jen (dua dari kanan) Krishnamoorthy (tiga dari kanan) ketika mengadakan sidang media berhubung gesaan terhadap kerajaan agar menghentikan import plastik haram dari luar negara hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani menggesa kerajaan membantu menyelesaikan krisis alam sekitar dengan menghentikan import plastik haram luar negara.

Aktivis persatuan, Dr Tneoh Shen Jen berkata, tindakan tegas juga perlu dikenakan ke atas pengusaha yang gagal mematuhi arahan bagi melindungi alam sekitar di samping mendapatkan semula persekitaran serta udara yang bersih.

Menurutnya, arahan exco kerajaan negeri melalui peraturan baharu menegaskan bahawa semua kilang plastik kitar semula hanya boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

"Kami penduduk Sungai Petani merayu kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan krisis ini.

"Kami sedang mengalami pencemaran udara yang teruk terutamanya bau busuk pada waktu malam," katanya ketika ditemui pada sidang media bagi menggesa kerajaan agar menghentikan import plastik haram dari luar negara semalam.

Sementara itu, bekas ADUN Bukit Selambau, R Krishnamoorthy berkata, antara lokasi yang didakwa teruk terjejas ialah kawasan kediaman Cinta Sayang Resort Homes dan Resort Villas, Bandar Sri Astana, Taman Ria Jaya, Taman Petani Jaya, Taman Sejahtera, Taman Berangan, Taman Seri Wang, Taman Intan, Taman Nilam, Bandar Cendana dan Taman Keladi.

Menurutnya, bau seakan-akan plastik terbakar pada waktu malam memaksa penduduk berkurung dalam rumah kerana tidak tahan dengan keadaan itu.

"Ada antaranya mengalami gatal-gatal, alahan kulit dan mata selain batuk selain terjaga dari tidur sebab gangguan bau busuk.

Artikel Berkaitan:

"Petisyen yang ditandatangani lebih 6,000 penduduk terjejas telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Sungai Petani sebagai bantahan namun kilang-kilang ini terus beroperasi biarpun telah diarah tutup.

"Oleh itu kami menggesa agar tindakan tegas dikenakan kerana hasil siasatan juga mendapati sisa plastik yang tidak digunakan, dibuang dan dibakar di kawasan terpencil seperti dalam hutan atau pinggir bandar menyebabkan pencemaran udara," katanya.

INFO

Kawasan terjejas pencemaran bau

- Cinta Sayang Resort Homes

- Resort Villas

- Bandar Sri Astana

- Taman Ria Jaya

- Taman Petani Jaya

- Taman Sejahtera

- Taman Berangan

- Taman Seri Wang

- Taman Intan

- Taman Nilam

- Bandar Cendana

- Taman Keladi