Mahu PM bantu selesaikan isu bantahan projek The Louvre

Abu Bakar Yahya (tengah) menerima memorandum bantahan projek The Louvre daripada Salahudin (tiga dari kanan) di pintu masuk Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
Abu Bakar Yahya (tengah) menerima memorandum bantahan projek The Louvre daripada Salahudin (tiga dari kanan) di pintu masuk Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kira-kira 40,000 penduduk di kawasan Sungai Ramal, Kajang dan Bandar Baru Bangi meminta campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan isu pembangunan unit kedai dan pangasapuri 'The Louvre' yang didakwa akan mengundang masalah kesesakan pada masa depan.

Permintaan itu disuarakan oleh Ketua Jawatakuasa Bertindak (taskforce) Bantahan Projek The Louvre, Salahudin Amir Hasan apabila beliau mendakwa sehingga kini pihak pemaju dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masih belum menyelesaikan isu laluan keluar masuk di Pesiaran Hamidiah yang dijanjikan hanya untuk kegunaan warga SMKA Maahad Hamidiah Kajang.

"Pada 13 Februari 2018, pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengarahkan pemaju menghentikan semua kerja-kerja tapak sehingga semua syarat-syarat dalam surat kelulusan bersyarat dipatuhi.

"MPKj telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada pemaju pada 28 Februari 2018 namun telah memadamkan syarat LLM tersebut. Sebaliknya, arahan MPKj itu hanya menuntut pihak pemaju mendapatkan pelanjutan tempoh bertulis bagi kelulusan bersyarat pindaan akses ke pembangunan daripada LLM.

"Pihak MPKj kemudianya telah menarik semula arahan berhenti kerja setelah pihak pemaju mendapat pelanjutan kelulusan bersyarat sedangkan LLM menyatakan sebaliknya," dakwa beliau.

Salahudin berkata demikian selepas bersama-sama kira-kira 10 orang wakil penduduk menyerahkan memorandum bantahan projek The Louvre kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di pintu masuk Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Sementara itu, Abu Bakar memaklumkan penerimaan memorandum berkenaan untuk perhatian lanjut Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: