100 pek sahur diagih

Anggota Balai Polis Chemor turut diraikan sempena program Singgah Sahur bersama ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.
Anggota Balai Polis Chemor turut diraikan sempena program Singgah Sahur bersama ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.
A
A
A

TAMBUN - Jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dalam kawasan DUN Hulu Kinta dihargai menerusi program Singgah Sahur dengan agihan lebih 100 pek makanan, semalam.

ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, agihan melibatkan Balai Polis Kanthan Baru, Chemor, Tanah Hitam, Tanjung Rambutan dan Tambun.

Menurutnya, agihan sama turut dibuat kepada pekerja di dua kedai serbaneka 24 jam yang terdapat dalam kawasan itu sebelum diakhiri dengan sahur bersama pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Pegawai Kanan Kem Briged Utara PGA Ulu Kinta.

"Kita beri keutamaan kepada anggota keselamatan atas tugas dan tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan penduduk dan keamanan negara.

"Ada antara mereka yang tidak dapat pulang ke kampung beraya, jadi sebagai wakil rakyat, saya dan pimpinan PKR Cabang Tambun ambil kesempatan di minggu akhir Ramadan ini untuk meraikan mereka," katanya

Muhamad Arafat menyampaikan pek makanan sahur kepada pekerja kedai serbaneka.
Muhamad Arafat menyampaikan pek makanan sahur kepada pekerja kedai serbaneka.

Beliau berkata, program yang masuk tahun kedua itu akan dijadikan aktiviti tahunan dengan menyasarkan petugas-petugas keselamatan.

"Tahun lepas kita sahur dengan anak-anak yatim, kali ini kita bersama anggota polis dan PGA pula," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Muhamad Arafat berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mempercepatkan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat baharu di Taman Perpaduan di sini.

"Saya difahamkan ia telah diluluskan, cumanya kita harap pembinaan dapat disegerakan memandangkan kawasan ini tidak mempunyai balai bomba," katanya.