Penduduk kurang berkemampuan terima sumbangan Aidilfitri

Abu Bakar ketika menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Kampung Sungai Sireh Tambahan semalam.
Abu Bakar ketika menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Kampung Sungai Sireh Tambahan semalam.
A
A
A

KLANG - Ramadan adalah bulan rezeki buat mereka yang kurang berkemampuan kerana banyak pihak tampil untuk menyampaikan sumbangan serta bantuan.

Antara yang turut mendapat rezeki Ramadan adalah hampir 100 golongan kurang berkemampuan di Kampung Sungai Sireh Tambahan di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya kepada Jawatankuasa Surau Al-Falah, asnaf, fakir miskin dan anak-anak yatim.

"Sumbangan yang kita sampaikan ini diharapkan sedikit sebanyak meringankan beban kepada mereka yang terlibat lebih-lebih lagi menjelang hari raya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

"Kampung Sungai Sireh Tambahan ini sebenarnya amat dekat dengan saya. Saya merupakan antara orang terawal membuka, menyusun dan tinggal di kampung ini termasuklah membangunkan Surau Al-Falah yang kini mampu dimanfaatkan penduduk," katanya semalam.

Tambah Abu Bakar antara sumbangan yang diberikan kepada penduduk yang terlibat meliputi barang makanan, pakaian serta sedikit bantuan kewangan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Surau Al-Falah, Ahmad Ismail dan ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan: