Hari Wesak: 50 murid kurang mampu terima sumbangan

Seramai 50 murid dan pelajar kurang berkemampuan turut menerima sumbangan beg sekolah pada majlis sambutan Hari Wesak Ti-Ratana pada tahun ini.
Seramai 50 murid dan pelajar kurang berkemampuan turut menerima sumbangan beg sekolah pada majlis sambutan Hari Wesak Ti-Ratana pada tahun ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepelbagaian beragama yang menjadi lambang perpaduan di negara ini jelas terserlah dengan penganut Buddha dapat meraikan sambutan Hari Wesak dengan penuh meriah.

Persatuan Kebajikan Ti-Ratana juga tidak ketinggalan melakukan acara keagamaan dan penghormatan kepada 'kelahiran, pencerahan dan pemergian Siddharta Gautama Buddha' di Desa Petaling.

Presidennya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, Malaysia merupakan antara negara terawal menjadikan Hari Wesak sebagai cuti umum dan ia adalah salah satu perayaan terpenting dalam agama Buddha.

Dr KK Chai (kiri) mengiringi ketibaan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (tengah).
Dr KK Chai (kiri) mengiringi ketibaan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (tengah).

Beliau turut menyifatkan sambutan meriah acara itu yang disertai rakyat Malaysia membuktikan bahawa kewujudan bersama dan kemakmuran negara ini telah lama menjadi contoh terbaik dunia.

"Kepelbagaian inilah kelebihan kita di persada antarabangsa dan menjadi aset berharga negara serta kita mesti mengekalkan keharmonian ini dengan penglibatan semua kaum," katanya semasa berucap sempena sambutan Hari Wesak Persatuan Kebajikan Ti-Ratana di Desa Petaling dekat sini.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pengasas Ti-Ratana, Ven Datuk Dr K Sri Dhammaratana yang juga Ketua Paderi Besar Malaysia.

Dalam pada itu, Dr KK Chai berkata, seramai 50 murid dan pelajar kurang berkemampuan turut menerima sumbangan beg sekolah pada majlis sambutan Hari Wesak Ti-Ratana pada tahun ini.

Persatuan Kebajikan Ti-Ratana tidak ketinggalan melakukan acara keagamaan dan penghormatan kepada 'kelahiran, pencerahan agung dan pemergian Siddharta Gautama Buddha' di Desa Petaling.
Persatuan Kebajikan Ti-Ratana tidak ketinggalan melakukan acara keagamaan dan penghormatan kepada 'kelahiran, pencerahan agung dan pemergian Siddharta Gautama Buddha' di Desa Petaling.

"Penerima merupakan murid kurang berkemampuan dari SJK (C) Salak South, SK Desa Petaling, PPR Salak Selatan dan Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Malaysia Tambahan," katanya.

Pada majlis sama, tambahnya, sebanyak RM50,000 sebagai bantuan penajaan disalurkan Anthony kepada Persatuan Kebajikan Ti-Ratana untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan persatuan berkenaan.