Maut tak lepas potong laluan

Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas bertembung dengan lori sebelum berpusing melanggar kereta lain.
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas bertembung dengan lori sebelum berpusing melanggar kereta lain.
A
A
A

KAMPUNG GAJAH - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Transperak di sini hari ini.

Mangsa Tan Boon Kiat, 28, berasal dari Teluk Intan disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi melibatkan kereta jenis Toyota Vios dipandu mangsa dengan sebuah lori jenis Hino serta sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kereta Toyota Vios dari arah Jejawi menuju ke Kampung Gajah cuba memotong kereta Perodua Myvi di hadapannya.

"Bagaimanapun ketika di tempat kejadian mangsa tidak sempat memasuki laluannya semula lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan menuju ke Teluk Intan," katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, akibat daripada pelanggaran tersebut kereta mangsa berpusing lalu melanggar Perodua Myvi yang dipotongnya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala pemandu lori dan Perodua Myvi yang berusia 37 dan 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hopital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: