Skim perlindungan baharu untuk suri rumah

Mahfuz (tiga dari kanan) ketika menyerahkan kad KIDA kepada penerima bagi daerah Pokok Sena.
Mahfuz (tiga dari kanan) ketika menyerahkan kad KIDA kepada penerima bagi daerah Pokok Sena.
A
A
A

POKOK SENA - Kerajaan sedang merangka skim perlindungan sosial baharu dan akan menggubal undang-undang baharu supaya suri rumah dapat mencarum bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya masih meneliti beberapa pindaan undang-undang sedia ada susulan suri rumah bukan dikategorikan sebagai pekerja.

"Poses ini dijangka bermula pada tahun depan kerana perlu melalui beberapa prosedur perundangan, sebelum boleh dilaksanakan. Mereka yang bekerja sahaja boleh mencarum bawah Perkeso sebab itu kita perlu pinda undang-undang dan bawa ke Parlimen terlebih dahulu.

“Peruntukan bagi skim ini akan dibiayai kerajaan Pusat dan akan dibincangkan lebih mendalam termasuk peluasan perlindungan diberikan,” katanya, selepas majlis penyampaian Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena di sini hari ini.

Mahfuz berkata, antara aspek yang diteliti, keluasan kadar perlindungan yang diberikan sama ada meliputi kawasan dalam dan luar rumah kerana kemalangan boleh berlaku di mana sahaja.

“Kadar caruman skim perlindungan insurans kepada suri rumah juga bergantung kepada dana kerajaan. Jika dana terhad, kemungkinan kita perkenalkan kepada B40 terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada semua suri rumah,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya sedang merangka skim baharu membabitkan golongan berisiko termasuk suri rumah dan balu.

Menurutnya, skim itu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi menambah faedah seperti diperoleh pekerja lain.

Artikel Berkaitan: