YIK tak rampas Mada

Mohamed Fadzli (kanan) mendengar penerangan daripada Laplanche di Pameran Seorang Etnologis Perancis Di Kelantan, di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, hari ini.
Mohamed Fadzli (kanan) mendengar penerangan daripada Laplanche di Pameran Seorang Etnologis Perancis Di Kelantan, di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, hari ini.
A
A
A
KOTA BHARU - Yayasan Islam Kelantan (YIK) tidak merampas Maahad Darul Anuar (Mada) sebaliknya memenuhi permintaan Keluarga Besar Nikmatillah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia berdasarkan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), untuk menyerahkan sebahagian tanah yang menjadi tapak Maahad Darul Anuar kepada YIK manakala separuh lagi, masih dalam proses perbincangan.

Menurutnya, MAIK yang bertindak sebagai pentadbir tanah wakaf, membuat keputusan itu selepas menerima memorandum daripada Keluarga Besar Nikmatillah.

"Saya tegaskan sekali lagi, YIK tak rampas, tapi keluarga ini memohon, agar kerajaan negeri mengambil alih sekolah agama di Pulau Melaka itu, melalui MAIK dan YIK.

"Ia selari dengan pembinaan Mada atas tanah wakaf, maka ia membawa kepada peranan YIK dalam menguruskan pentadbiran sekolah," katanya.
Artikel Berkaitan: