Aaron-Wooi Yik singkir juara Olimpik

Aaron dan Wooi Yik tampil bergaya apabila menyingkirkan juara Olimpik dalam aksi pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Royal Arena, Copenhagen sebentar tadi.
Aaron dan Wooi Yik tampil bergaya apabila menyingkirkan juara Olimpik dalam aksi pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Royal Arena, Copenhagen sebentar tadi.
A
A
A

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tiket suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2023 selepas menyingkirkan gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin sebentar tadi.

Dalam aksi pusingan ketiga di Royal Arena, Copenhagen, Denmark itu, Aaron-Wooi Yik yang tampil selaku penyandang juara melakar kemenangan straight set 21-16 21-18.

Sebelum turun ke gelanggang, Lee Yang-Chi Lin yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 memegang rekod lebih baik ke atas Aaron-Wooi Yik apabila menang empat daripada enam perlawanan sebelum ini.

Begitupun, rekod itu ternyata tidak melunturkan semangat Aaron-Wooi Yik untuk menoktahkan kemenangan mereka ke atas Lee Yang-Chi Lin dalam masa 42 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dalam aksi suku akhir pada Jumaat.

Sementara itu, dua lagi wakil beregu lelaki negara - Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Yew Sin-Ee Yi tewas 15-21, 10-21 kepada wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen, manakala Wei Chong-Kai Wun terpaksa akur dengan kekalahan 16-21, 21-14, 17-21 kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China.

Artikel Berkaitan: