Penduduk Taiping berdepan gangguan air akibat tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh berhampiran LRA Trong, petang semalam menjejaskan bekalan air di Daerah Wilayah Barat Taiping.
Kejadian tanah runtuh berhampiran LRA Trong, petang semalam menjejaskan bekalan air di Daerah Wilayah Barat Taiping.
A
A
A

IPOH - Beberapa kawasan di Daerah Wilayah Barat Taiping kini berdepan masalah bekalan air berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Trong, petang semalam.

Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP), Datuk Mohd Yusof Mohd Isa berkata, pihak LAP telah mengambil langkah sewajarnya bagi membaik pulih kerosakan selain melakukan pengezonan semula dengan membekalkan air dari LRA Air Terjun kepada pengguna.

Katanya, langkah itu membolehkan beberapa kawasan seperti Pekan Trong untuk kembali menerima bekalan air.

"Kejadian yang berlaku ketika hujan lebat itu mengakibatkan paip yang menyalurkan air mentah dari loji tersebut patah dan gagal berfungsi.

"Antara kawasan yang terlibat adalah seluruh kawasan Trong, Changkat Jering, Bukit Gantang, Bukit Berapit, Changkat Ibol serta kawasan berhampiran," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Yusof berkata, bagaimanapun masih terdapat kira-kira 2,300 akaun pengguna yang masih mengalami gangguan bekalan melibatkan penduduk di kawasan Changkat Ibol, Bukit Gantang, Kampung Kubu dan Kampung Pauh.

Katanya, bekalan air ke kawasan tersebut dijangka akan kembali pulih dalam tempoh dua hari.

Beliau berkata, pihak LAP akan menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas dengan menggunakan lori-lori tangki sehingga keadaan kembali pulih.

Artikel Berkaitan: