Diserang netizen: FB Waytha Moorthy tak dapat diakses?

Serangan netizen menggesa Senator P Waytha Moorthy meletakkan jawatan.
Serangan netizen menggesa Senator P Waytha Moorthy meletakkan jawatan.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy menjadi sasaran serangan netizen susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, malam tadi.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan negara dan integrasi nasional, beliau didakwa gagal memainkan peranan dalam isu rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Terlebih dahulu, ‘page’ Facebook yang menggunakan nama Waytha Moorthy Ponnusamy mengundang kemarahan warga Facebook apabila menggunakan foto Muhammad Adib sebagai gambar profilnya.

Bagaimanapun, melalui carian di Facebook, ‘page’ tersebut kini didapati tidak lagi dapat diakses.

Namun, ia tidak menghalang netizen daripada menyerang Facebook peribadi Waytha Moorthy yang kebanyakannya mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai menteri.
Artikel Berkaitan:


Awal pagi tadi, Waytha Moorthy dalam satu kenyataan berkata, beliau menyifatkan Allahyarham Muhammad Adib sebagai anggota bomba yang berani dan berwibawa dan telah berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.

Katanya, pihak polis sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang menimpa Allahyarham di bawa ke muka pengadilan dengan pantas.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib... kami berkongsi kesedihan keluarganya dan negara berkabung bersama keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya.