Rumah Raudhatul Al-Faeez perlu RM250,000

Tembok penahan siap dilaksanakan sebelum projek pembinaan struktur bangunan Rumah Raudhatul Al-Faeez dilakukan.
Tembok penahan siap dilaksanakan sebelum projek pembinaan struktur bangunan Rumah Raudhatul Al-Faeez dilakukan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurusan Rumah Raudhatul Al-Faeez Kampung Sungai Salak Jalan Gombak di sini dalam usaha mengumpulkan RM250,000 bagi membina semula pusat operasinya yang terbakar November lepas.

Pengasasnya, Zahrina Saat berkata, kebakaran yang bermula dari dapur merebak ke bahagian asrama dan meranapkan keperluan dan peralatan penghuni terdiri 30 pelajar berusia empat tahun hingga 11 tahun.

Menurutnya, mereka ditempatkan di Dewan Batu 11 sebelum berpindah di Lembah Keramat AU4 yang kos sewa bagi setahun telah dibiayai oleh sepasang suami isteri.

Zahrina Saat
Zahrina Saat

"Kami sedang merangka pembinaan semula rumah atas tanah wakaf itu memandangkan lokasi sementara ini terletak dalam kawasan perumahan, ruang terhad, kurang selesa untuk aktiviti dan kapasiti anak-anak.

"Kami juga bimbang tidak mampu menampung kos sewa dianggarkan RM2,000 sebulan selepas tempoh setahun itu tamat.

"Sedangkan pusat operasi lama terletak atas tanah wakaf tanpa memerlukan pembiayaan sewaan bulanan," katanya.

Dia menyasarkan projek dijalankan dalam kadar segera bagi mengelak menggung kos tambahan operasi.

Artikel Berkaitan:

"Semua anak-anak telah dipindahkan ke sekolah berdekatan bagi menjimatkan kos. Namun disebabkan kami beroperasi di kawasan bandar, kadar pengurusan juga meningkat.

"Setiap bulan sebanyak RM18,000 anggaran kos operasi dan Alhamdulillah kadar itu masih mampu ditampung.

"Kalau boleh wang tabung itu mahu diasingkan dari dana pembangunan pusat operasi baharu bagi melancarkan pengurusan," katanya.

Struktur asal yang terbakar dalam kejadian November lalu dirobohkan.
Struktur asal yang terbakar dalam kejadian November lalu dirobohkan.

Katanya, projek pembinaan semula Rumah Raudhatul Al-Faeez dianggarkan RM550,000, tanah berkeluasan 50x70 kaki persegi, melibatkan bangunan dua tingkat mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Sebanyak RM180,000 telah digunakan untuk kerja asas tapak mengikut standard piawaian ditetapkan termasuk tembok penahan, pemasangan cerucuk dan kos perobohon struktur asal.

"Projek terpaksa diperlahankan disebabkan masalah dana. Kami sasarkan projek dapat disambung Jun ini dengan tempoh projek mengambil masa sehingga tujuh bulan," katanya.

Sumbangan projek pembangunan Rumah Raudhatul Al-Faeez boleh dilakukakan menerusi akaun Maybank 562508510350 atau menghubunginya ditalian 016-2627412.