Kelantan tarik balik saman terhadap Petronas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes saman Kerajaan Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan royalti minyak akhirnya selesai selepas kerajaan negeri itu menarik balik tindakan undang-undang.

Perkara itu disahkan Peguam Aleeya Elyana Ahmad Mahreez yang mewakili kerajaan negeri Kelantan ketika ditemui pada prosiding pengurusan kes itu.

Aleeya Elyana berkata pihaknya menarik balik saman itu melalui notis dan memutuskan untuk tidak meneruskan tuntutan berkenaan pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun menurutnya, kes saman terhadap Kerajaan Persekutuan masih diteruskan susulan tiada sebarang arahan berhubung kes saman itu

Prosiding dalam kamar Hakim Datuk Ahmad Bache itu turut dihadiri Peguam Persekutusan Siti Amath Che Man.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan negeri Kelantan selaku plaintif memfailkan saman terhadap Petronas sebagai defendan atas dakwaan syarikat minyak itu melanggar kontrak pembayaran royalti.

Dalam saman itu, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: