Sultan Selangor terima zakat perniagaan RM10.8 juta

Sultan Sharafuddin berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebanyak RM1,761,293.03
Sultan Sharafuddin berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebanyak RM1,761,293.03
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bernilai RM10,835,939.03 daripada enam syarikat korporat pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, di sini hari ini.

Pembayaran zakat itu melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang diwakili Pengurus Besar Kewangan, Ahmad Rizal Omar menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM4,414,826, diikuti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Raja Shahreen Raja Othman mengeluarkan zakat sebanyak RM1,761,293.03 dan Kumpulan Syarikat Rafulin Holdings Sdn Bhd yang mewakilkan Pengarah Urusan, Datuk Mohamed Raffe Chekku menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1,339,820.

Tiga lagi syarikat korporat iaitu Universiti MAHSA yang diwakili oleh Pengerusinya, Profesor Tan Sri Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah menunaikan zakat berjumlah RM1,320,000, Sime Darby Property diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Hashimi Al Bakri mengeluarkan zakat perniagaan sebanyak RM1,000,000 dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mewakilkan Pengurus Besar Kumpulan, Tamby Omar Mohamed juga membayar zakat sama berjumlah RM1,000,000.

Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang daripada 334 asnaf yang layak pada majlis hari ini.
Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang daripada 334 asnaf yang layak pada majlis hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin hadir diiringi isteri, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sementara itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 70 orang asnaf fakir, 211 asnaf miskin serta 53 orang asnaf mualaf.

Setiap penerima memperoleh sumbangan zakat berjumlah RM500 seorang melibatkan jumlah keseluruhan zakat sebanyak RM219,500.

Pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin juga berkenan menyampaikan insentif berjumlah RM10,000 kepada Johan Qari Peringkat Antarabangsa 2019, Abdul Khair Jalil.

Artikel Berkaitan:

Baginda kemudiannya berbuka puasa bersama rakyat sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak dan Terawih.

Turut hadir pada majlis, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim serta Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid.