AWH International Logistics serah zakat perniagaan hampir RM1 juta

Rozaiqth (kanan) menyampaikan replika zakat perniagaan berjumlah RM801,560.66 kepada Noh di sebuah hotel di Bandaraya Johor Bahru.
Rozaiqth (kanan) menyampaikan replika zakat perniagaan berjumlah RM801,560.66 kepada Noh di sebuah hotel di Bandaraya Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Syarikat konglomerat perkhidmatan logistik dan marin tempatan, AWH International Logistics Sdn Bdh pada Selasa menyerahkan zakat pendapatan berjumlah hampir RM1 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Ketua Pegawai Kewangannya, Rozaidth Rohaizat berkata, agihan zakat pendapatan berjumlah RM801,560.66 tersebut adalah hasil pendapatan syarikat bagi tahun lepas untuk operasi perniagaannya di negeri ini.

Menurutnya, agihan amalan zakat tersebut adalah amalan syarikat terbabit setelah mengambil kira keuntungan bersih dan zakat pendapatan mengikut kiraan yang ditetapkan hukum syarak.

"Matlamat kami selain menyediakan kepakaran dalam khidmat logistik dan marin ialah memperkasakan sumber tenaga kerja di negeri ini sejajar dengan hasrat menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan moden di rantau ini.

"Selain itu, kami juga menyediakan ruang bagi program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai platform untuk pelajar mendalami industri ini," katanya dalam kenyataan.

Datuk Noh Gadot yang mewakili MAINJ menerima replika zakat perniagaan AWH International Logistics Sdn Bdh di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini pada Selasa.