Permaisuri Agong harap legasi seni, budaya terus dipertahan

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat proses tenunan songket ketika berangkat ke CIMB Artober 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Khamis. - Foto Bernama.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Khamis menzahirkan harapan baginda agar seni dan kraf Malaysia akan terus menjadi legasi pada masa depan.

Baginda bertitah, jika masyarakat tidak mengambil sebarang tindakan bagi memelihara seni dan kraf negara, tidak mustahil ia akan hilang ditelan zaman.

"Kita harus berbangga dengan apa yang kita miliki. Kita memiliki pelbagai seni dan kraf yang unik dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sabah serta Sarawak,” titah baginda pada majlis pelancaran CIMB Artober di sini pada Khamis.

Justeru, Tunku Azizah menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, terutama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), atas segala sokongan yang diberikan kepada industri itu selama ini.