'Tolong cap pasport saya' - Raja Permaisuri Agong 'usik' pegawai imigresen

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan jelajah Kembara Kenali Borneo hari ini dengan berangkat tiba di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak dari Brunei Darussalam pada jam 12.10 tengah hari tadi.
Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari ketujuh pada Sabtu, juga terus diserikan dengan kemesraan pasangan diraja yang dilihat melalui proses imigresen sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak.
Dari Pos Kawalan Imigresen itu, Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo meneruskan pengembaraan ke Bandar Raya Miri.
Menerusi hantaran di laman media sosial rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua dilihat berkenan menyerahkan pasport baginda berdua kepada seorang pegawai imigresen sambil berseloroh memohon untuk dicap.
Usikan itu turut disambut gelak ketawa oleh mereka yang hadir.
Rata-rata komen yang dikongsikan oleh warga net teruja dengan penampilan Seri Paduka berdua dan mendoakan kesejahteraan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raya Permaisuri Agong.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak adalah program penjelajahan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penguatkuasaan pengesahan umur media sosial antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
11 November 2026 08:03amNeurons Asia, UTAR jalin kerjasama kaji kepelbagaian neuro
10 November 2026 07:30pmAnthony Loke seorang yang berprinsip, saya ucap selamat maju jaya - Zahid
10 November 2026 07:02pmKDN sedia laksana tahanan rumah Najib hingga 23 Ogos 2028
10 November 2026 06:59pm'Syukur Najib pulang ke rumah, terima kasih rakyat Malaysia' - Ahmad Zahid
10 November 2026 06:40pmAmir Raja Lawak dimasukkan ke ICU
10 November 2026 04:44pmBudak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia
10 November 2026 12:16pmPelawak popular dipenjara 10 tahun enam bulan kes rogol, serangan seksual empat wanita
10 November 2026 11:04amHujan berterusan: Dua daerah berisiko dilanda banjir esok
10 November 2026 01:13pmAnthony Loke lepas jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta
10 November 2026 05:41pm- Iklan -- Iklan -
