Penjawat awam mengaku salah curi lembu

Seorang penjawat awam mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan mengingkari perintah anggota penguat kuasa di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Khamis.
Seorang penjawat awam mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan mengingkari perintah anggota penguat kuasa di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penjawat awam mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan mengingkari perintah anggota penguat kuasa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Tertuduh Mohd Balian Sidek, 43, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Mohd Balian, melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 dan 188 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad.

Nursyafiqah sebelum itu menawarkan ikat jamin berjumlah RM8,000.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan tertuduh untuk ikat jamin dengan nilaian RM4,000.

Mahkamah menetapkan Ahad ini sebagai tarikh hukuman dan fakta kes.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, seorang penjawat awam juga rakan suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu, yang maut ditembak selepas menyerang anggota polis di Kampung Joh, Labok, Machang pada 25 September lalu disambung reman selama empat hari lagi.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berumur 43 tahun itu yang ditahan pada hari kejadian, pada mulanya direman sehingga Ahad lalu tetapi dilanjutkan sehingga Khamis.

"Perintah itu bagi membolehkan siasatan lanjut berkait dengan kes tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, kedua-dua suspek (termasuk suspek yang mati ditembak) positif dadah jenis methamphetamine ketika kejadian dan dipercayai berada dalam keadaan khayal.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang maut mempunyai 11 rekod jenayah dan tiga kes dikehendaki iaitu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah dan Seksyen 427 KK atas kesalahan khianat, serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.