Penjawat awam curi lembu disambung reman

Seorang penjawat awam juga rakan suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu, yang maut ditembak selepas menyerang anggota polis di Kampung Joh, Labok, Machang pada 25 September lalu disambung reman selama empat hari lagi.
Seorang penjawat awam juga rakan suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu, yang maut ditembak selepas menyerang anggota polis di Kampung Joh, Labok, Machang pada 25 September lalu disambung reman selama empat hari lagi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penjawat awam juga rakan suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu, yang maut ditembak selepas menyerang anggota polis di Kampung Joh, Labok, Machang pada 25 September lalu disambung reman selama empat hari lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berumur 43 tahun itu yang ditahan pada hari kejadian, pada mulanya direman sehingga Ahad lalu tetapi dilanjutkan sehingga Khamis ini.

"Perintah itu bagi membolehkan siasatan lanjut berkait dengan kes tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, kedua-dua suspek (termasuk suspek yang mati ditembak) positif dadah jenis methamphetamine ketika kejadian dan dipercayai berada dalam keadaan khayal.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang maut mempunyai 11 rekod jenayah dan tiga kes dikehendaki iaitu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah dan Seksyen 427 KK atas kesalahan khianat, serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Artikel Berkaitan: