Jauhi tamak dan membazir kalau tidak mahu jadi teman Syaitan

Sikap segelintir manusia yang bersikap tamak dek kerana kejahilan dalam diri.
Sikap segelintir manusia yang bersikap tamak dek kerana kejahilan dalam diri.
A
A
A

KITA sering mendengar pepatah yang mengatakan membazir itu amalan syaitan. Sememangnya ia bukanlah sekadar pepatah kerana dalam al-Quran sendiri ada menyebut kalimah “ikhwan syayathin” (saudara syaitan), bila menyentuh perihal ini.

Surah al-Isra’ ayat 27 telah membangkitkan soal pembaziran, dan jelas ia adalah suatu kecaman terhadap sesiapa yang mengamalkan gaya hidup membazir.

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Firdaus Shakirin meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir manusia yang bersikap tamak dek kerana kejahilan dalam diri.

“Tiga hari lepas kenduri adik. Ada lima lauk. Lauk ayam, ikan, daging dua jenis (masak gulai, sup) dan kambing. Semua jenis depa sauk letak dalam pinggan. Sauk pulak banyak-banyak.

“Takpala, dah kenduri kan? Dah depa mai nak makan kan.

“Bila kemas meja, bila tengok depa buang dalam tong sampah, semua jenis yang depa ambik tu, depa cuit sikit-sikit ja pun. Yang lain apa jadi tuan-tuan dan puan-puan?

“Buat Apam balik, buat Dorayaki sebagai makanan tambahan untuk yang datang. Depa hantar anak-anak beratur. Ambik seorang 2-3 biji.

Artikel Berkaitan:

“Bila kemas meja, bila tengok depa angkat pinggan pi tong sampah, masih ada apam balik dan dorayaki yang tak tersentuh sikit pun. Masih sempurna, elok lagi dalam pinggan.

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

“Apa jadi tuan-tuan dan puan-puan? Depa BUANG...

“Tu namanya manusia tuan-tuan dan puan-puan. Pi kenduri, makanan jenuh, semua NAK MAKAN. Bila semua ambik buh dalam pinggan, MAKAN TAK HABIS pastu BUANG.

“Sifat tamak macam ni, semua tempat ada. Sebab apa jadi tamak, sebab diri tu jahil. Tak tau nak berjimat cermat bila orang bagi makan FREE.

“Elakkanlah sifat macam ni dalam diri kita. Pi kenduri mana pun, ambik sekadar yang mampu habiskan.

“Tuan rumah kenduri bukan nak berkira, tuan rumah nak berkongsi makanan dan kegembiraan. Tapi dia pun nak elak PEMBAZIRAN. Membazir tu amalan SYAITAN.

Demikian perkongsian Firdaus mengenai sikap manusia tamak.

Usah jadi saudara syaitan, cegah amalan membazir”

Timbul persoalan di sini, mengapa ALLAH sifatkan orang yang membazir sebagai saudara syaitan?

Menurut penjelasan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Dr. Ahmad Sanusi Azmi, beberapa ulama telah merungkai maksudnya seperti berikut.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

“Menurut Saidina Abdullah bin Mas’ud, membazir ini adalah satu menjadikan harta itu digunakan di jalan yang tidak benar dan ia mirip dengan perlakuan syaitan yang mengajak manusia lari dari jalan yang benar.

“Kata beliau “Pembaziran ini adalah menginfaqkan harta kepada jalan yang tidak benar, begitu juga pandangan Saidina Abdullah bin Abbas.”

“Manakala Sheikh Tantawi pula menyatakan bahawa ALLAH menyamakan orang membazir ini seperti saudara syaitan kerana persamaan mereka dalam sifat yang jahat.

“Kata beliau “Dan yang dimaksudkan dengan saudara syaitan adalah kerana persamaan mereka dalam sifat jahat dan akhlak yang buruk.”

“Imam ar-Razi pula menghuraikan perumpamaan ini dari aspek bahasa. Kata beliau “Mereka yang selalu melakukan sesuatu sifat itu dianggap sebagai saudara kepada sifat tersebut.

“Ini adalah kerana Arab menyifatkan orang yang melazimi sesuatu perkara itu sebagai saudara kepada perbuatannya itu tadi.