Kota Palembang 'hilang'

Kpta Palembang yang mempunyai populasi 1.8 juta itu dicemari dengan jerebu tebal dipercayai berpunca daripada hutan dan tanah secara terbuka di Sumatera Selatan. - Gambar fail
Kpta Palembang yang mempunyai populasi 1.8 juta itu dicemari dengan jerebu tebal dipercayai berpunca daripada hutan dan tanah secara terbuka di Sumatera Selatan. - Gambar fail
A
A
A

SRIVIJIYA - Bandar Palembang, Indonesia hari ini seolah-olah ‘hilang’ dari pandangan mata kasar ekoran asap jerebu tebal yang menyelubungi bandar itu sejak beberapa hari lalu,

Memetik laporan CNN Indonesia pada Isnin, kota yang mempunyai populasi 1.8 juta itu dicemari dengan jerebu tebal dipercayai berpunca daripada hutan dan tanah secara terbuka di Sumatera Selatan.

Setakat ini, sejumlah 3.7 juta topeng muka diedarkan kepada penduduk bagi mencegah penularan jangkitan pernafasan.

Pengagihan dilakukan Ketua Biro Tata Usaha Sekretariat Kalimantan Selatan di empat kawasan lain yang turut terjejas antaranya Banjarmasin, Banjarbaru, Kabupaten Banjar, dan Batola.

Di Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan sebanyak 353 titik panas telah dikenal pasti di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera.

Negara jiran termasuk Singapura dan Malaysia turut terjejas dengan jerebu tebal mengakibatkan kualiti udara mengalami di kedua-dua negara merosot.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, trajektori asap jerebu dari seberang akan memberikan kesan kepada beberapa negeri di Timur Malaysia.

Sehingga jam 2 petang ini, sebanyak 13 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

Artikel Berkaitan:

Di Nilai, bacaan IPU ialah 162 manakala Port Dickson, Shah Alam dan Petaling Jaya masing-masing mencatatkan bacaan IPU 155. - Awani