Sudah tiba masa Malaysia guna kaedah saring dadah lebih canggih

Anggota dan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan ujian saringan air kencing terhadap seorang wanita ketika sekatan jalan raya. - Gambar fail/Bernama
Anggota dan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan ujian saringan air kencing terhadap seorang wanita ketika sekatan jalan raya. - Gambar fail/Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai isu pengedar dadah asing memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pelajar dan batasan dalam kaedah saringan dadah yang sedia ada, maka terdapat keperluan mendesak untuk saringan lebih berkesan di pintu masuk.

Seorang doktor yang enggan namanya disiarkan berkata, sudah tiba masanya untuk melaksanakan teknik saringan lanjutan yang dibangunkan untuk mengenal pasti pengedar dadah yang cuba menyamar sebagai pelajar.

Beliau berkata, kaedah ujian air kencing yang digunakan sekarang mempunyai banyak kelemahan. Contohnya, pelajar asing berkenaan boleh mengelak daripada dikesan dengan tidak mengambil dadah selama lima hari sebelum janji temu ujian air kencing. Sampel air kencing mereka kemudian menghasilkan keputusan negatif.

'Pelajar' berkenaan juga boleh menipu sistem dengan membawa bersama air kencing bukan pengguna dadah dan menukar sampel di tandas klinik.

"Oleh itu, teknik saringan lanjutan yang telah digunakan di banyak negara maju wajar digunakan.



"Kaedah lanjutan ini akan menjadi alternatif yang lebih sesuai untuk ujian dadah air kencing, yang lebih sesuai untuk pemeriksaan rawak, seperti yang dijalankan di kelab malam atau pemandu di jalan raya," katanya kepada Bernama.

Kini terdapat kaedah baharu yang menggunakan rambut dan kuku, kerana kesan dadah dalam sampel sedemikian boleh kekal sehingga 90 hari.

Doktor itu bimbang sindiket dadah telah mengeksploitasi langkah Malaysia yang mengalu-alukan kedatangan pelajar asing.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sindiket itu memasuki negara secara sah menggunakan visa pelajar dan mereka mendapat keuntungan dengan menjual dadah kepada pelajar tempatan dan meluaskan pasaran di luar kampus.

Mereka telah membawa masuk ubat baharu ke Malaysia, seperti fentanyl - opioid sintetik yang 50 kali lebih kuat berbanding heroin.

"Dengan xylazine, ubat veterinar, potensi fentanyl meningkat, menyebabkan keadaan euforia berpanjangan (rasa keseronokan dan kegembiraan) kepada yang mengambilnya.

"Pemalsuan berbahaya ini, ditambah dengan xylazine murah dari China yang menggunakan nama jalan tranq, telah mendapati jalan ke tangan pengedar dadah asing, sekali gus meningkatkan margin keuntungan mereka.”

"Pemalsuan berbahaya ini dengan xylazine murah yang diimport dari China menggunakan nama tranq kini menular, sekali gus meningkatkan margin keuntungan p engedar dadah asing," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembasmian Dadah, menggesa supaya ancaman dadah yang semakin meningkat di Malaysia, ditangani segera.

Beliau memberikan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (NADA) tempoh tiga bulan untuk menyelaraskan usaha merangka inisiatif berkesan untuk menangani masalah dadah.

Doktor berkenaan berkata, Kementerian Pengajian Tinggi, polis dan NADA perlu berkerjasama untuk menghalang kemasukan pengedar dadah asing ke institusi pengajian tinggi tempatan.

Beliau yakin bahawa gabungan teknologi saringan inovatif dan kerjasama yang dipertingkat antara ketiga-tiga pihak ini, akan menjaga reputasi Malaysia sebagai destinasi pendidikan dan melindungi kesejahteraan pelajar tempatan.

"Ketika negara bergelut dengan krisis ini, memperkukuh kaedah saringan di pintu masuk negara kini menjadi lebih kritikal,” katanya. - Bernama

NADA, pengedar dadah, universiti