Ini sebabnya mengapa nama Nabi Ibrahim disebut dalam tahiyat akhir

Ustaz Khairol Akmar
Ustaz Khairol Akmar
A
A
A

RUKUN solat terbahagi kepada 13 rukun.

Antara 13 rukun itu, bacaan tahiyat akhir yang mengandungi lafaz syahadah dan juga nama Nabi Ibrahim AS disertakan dalam bacaan tersebut.

Kebanyakan daripada kita hanya melafazkan tahiyat tersebut tanpa mengetahui makna tersirat di sebalik sebutan tersebut.

Pendakwah Ustaz Khairol Akmar berkata, nama Nabi Ibrahim disebut kerana Baginda merupakan bapa bagi kebanyakan para Nabi dan Rasul.

"Kita sedia maklum Nabi Ibrahim memiliki dua cahaya mata, Nabi Ismail dan Nabi Ishak.

“Daripada dua individu ini lahirnya Nabi Musa, Nabi Yaacob, Nabi Yusuf, Nabi Isa, Nabi Harun dan Nabi Zulkifli.

"Dan yang paling terkemuka sekali adalah kerana Nabi Muhammad SAW. Salasilah Baginda berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim yang datang daripada Nabi Ismail AS. Jadi kerana itulah nama Nabi Ibrahim disebut dan dibacakan dalam ayat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pendakwah Ustaz Khairol Akmar berkata, nama Nabi Ibrahim disebut kerana Baginda merupakan bapa bagi kebanyakan para Nabi dan Rasul.
Pendakwah Ustaz Khairol Akmar berkata, nama Nabi Ibrahim disebut kerana Baginda merupakan bapa bagi kebanyakan para Nabi dan Rasul.

Beliau juga menjelaskan bahawa sebutan itu juga kerana doa Nabi Ibrahim AS kepada ALLAH.

"Yang kedua adalah kerana ALLAH memakbulkan doa Nabi Ibrahim tu sendiri seperti dalam surah Asy-Syu'ara' ayat ke 84 yang bermaksud Nabi Ibrahim memohon kepada ALLAH “Ya ALLAH, jadikanlah padaku ini sebutan yang baik-baik pada mulut orang yang akan datang di kemudian hari.

Jelasnya lagi, ketika peristiwa Israk Mikraj berlaku Nabi Ibrahim telah menyampaikan pesanan kepada Nabi Muhammad SAW.

"Ketiga, dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Ibrahim menyampaikan pesanan kepada Nabi Muhammad 'tolong sampaikan salam ku kepada umat mu.

“Kerana itulah kita menyebut nama Nabi Ibrahim di dalam bacaan tahiyat kita," ungkapnya menerusi satu hantaran video di laman media sosial TikTok.

Mustajabnya doa sebelum memberi salam

Salah satu waktu mustajabnya doa adalah ketika selesai membaca doa tahiyat akhir.

Salah satu waktu mustajabnya doa adalah ketika selesai membaca doa tahiyat akhir.
Salah satu waktu mustajabnya doa adalah ketika selesai membaca doa tahiyat akhir.

Menurut Kalam Insani, duduk pada tahiyat akhir merupakan rukun fi’li iaitu pergerakan seluruh anggota badan. Ia mesti dilakukan pada rakaat yang terakhir dalam solat.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Apabila kamu selesai membaca tasyahud akhir, maka mohonlah berlindung dengan ALLAH daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-Masih ad-Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Antara doa yang dianjurkan sebelum memberi salam ialah doa memohon keampunan, bebas dari cengkaman hutang dan doa perlindungan seperti di atas.