Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend

MELAKA - Pemergian penghibur Melaka yang mempunyai gaya tersendiri ketika membuat persembahan, Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Morten di sini, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka selepas dimasukkan ke hospital itu akibat kemalangan jalan raya di Durian Daun pada Sabtu.
Tanah Perkuburan Islam Bukit Cina dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan pengebumian Allahyarham yang terkenal dengan pelbagai aksi ketika menyanyi termasuk melompat.
Perkara itu turut diakui rakannya, Zainal Omar, 66, yang memaklumkan, ramai yang mahu menyembahyangkan jenazah Allahyarham di Surau AL Abidin, Kampung Morten sebelum dibawa ke tanah perkuburan.