Parlimen belia dirombak, lahirkan generasi pemimpin berkualiti - Johari

Johari melawat dan menyampaikan syarahan umum kepada penuntut Malaysia di Universiti Tsinghua Beijing China pada Rabu. - Foto Bernama
Johari melawat dan menyampaikan syarahan umum kepada penuntut Malaysia di Universiti Tsinghua Beijing China pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Parlimen Belia Malaysia akan dirombak sebagai langkah menambah baik program itu selepas ia dikembalikan kepada Parlimen Malaysia tahun depan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata, penambahbaikan itu bagi menjadikan Parlimen Belia sebagai ‘inkubator’ dalam melahirkan generasi pemimpin berkualiti bukan sahaja di bidang politik dan pentadbiran malah pelbagai sektor seperti ekonomi, pertanian dan teknologi.

Johari berkata, program itu, yang kini di bawah penyelarasan Kementerian Belia dan Sukan akan dikembalikan kepada Parlimen dan antara rombakan yang bakal dilakukan ialah menurunkan had umur keahlian kepada 16 tahun.

"Anak muda sudah jemu dengan politik murahan, dengan pengalaman pahit negara dalam tempoh lima tahun... sebab itu, kita membuka ruang untuk mengajak anak muda kembali berminat dan ambil langkah jadi pemimpin.