Malaysia kekal berkecuali walaupun jalin kerjasama dengan China, AS

Johari mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Zhao Leji di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Rabu sempena lawatan rasminya ke republik itu sejak 23 September lepas. - Foto Bernama
Johari mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Zhao Leji di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Rabu sempena lawatan rasminya ke republik itu sejak 23 September lepas. - Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Malaysia kekal sebagai sebuah negara Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) meskipun menjalin kerjasama perdagangan antarabangsa dengan dua kuasa besar yang saling bersaing iaitu China dan Amerika Syarikat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Malaysia tidak pernah mengubah pendirian itu malah kedua-dua kuasa besar kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini.

Beliau berkata, berikutan anjakan paradigma ekonomi ke rantau Asia, Malaysia sewajarnya turut memperkukuh hubungan perdagangan dengan China yang semakin maju dalam bidang ekonomi dan teknologi.

"Sesiapa sahaja yang ingin berniaga dengan kita, kita berniaga... tetapi lebih penting apabila kini berlaku gelombang pertukaran ekonomi ke Asia.