Kuasa legislatif bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia

Johari mengadakan pertemuan dua hala dengan Wang Huning pada Rabu di Dewan Besar Rakyat Beijing sempena lawatan rasminya ke republik itu sejak 23 September lepas.- Foto Bernama
Johari mengadakan pertemuan dua hala dengan Wang Huning pada Rabu di Dewan Besar Rakyat Beijing sempena lawatan rasminya ke republik itu sejak 23 September lepas.- Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Membawa konsep ‘Parlimen Diplomasi,’ Johari berkata, Parlimen Malaysia memikul tanggungjawab untuk menyokong apa juga usaha yang dilakukan oleh Eksekutif atau Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh hubungan diplomasi sekali gus dapat melonjakkan pembangunan, martabat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dua kali berkunjung ke China pada tahun ini dan lawatan delegasi legislatif negara ke republik itu juga merupakan isyarat penting bahawa hubungan diplomasi Malaysia-China amat baik.

"Parlimen Diplomasi bermaksud Parlimen ambil tanggungjawab untuk sokong apa jua usaha yang dilakukan Eksekutif dan dalam kes ini, lawatan ke China.