Belanjawan 2024: Negeri Sembilan harap penambahbaikan infrastruktur

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan berharap penambahbaikan infrastruktur dan sektor pertanian di negeri itu antara keutamaan yang dapat diberi perhatian kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya telah pun menyenaraikan hasrat tersebut secara bertulis kepada Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong ketika beliau hadir ke Negeri Sembilan dalam Jelajah Belanjawan 2024 baru-baru ini.

"Banyak 'wishlist' kita. Antaranya infrastruktur, pertanian dan dari segi jalan raya antara keutamaan kita.

"Setiap tahun kerajaan Persekutuan akan bagi bajet kepada kita. Tapi tiada keperluan meruncing di Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui di Wisma Negeri di sini pada Selasa.